NAMA-NAMA MALAIKAT DAN TUGAS-TUGASNYA

nama-malaikat

Malaikat-malaikat mempunyai bilangan yang banyak. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui bilangannya. Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Muddathir ayat 31:

Maksudnya : “Dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.” 

NAMA-NAMA MALAIKAT DAN TUGAS-TUGASNYA YANG WAJIB DIPERCAYAI SECARA TAFSILI

Beriman dengan Tafsil

Beriman dengan tafsil adalah beriman akan setiap satu daripada mereka secara berasingan dan bukan mempercayai mereka itu sebagai satu (contoh: satu kumpulan) dan percaya yang tiap satunya adalah malaikat. Berikut adalah sepuluh malaikat yang wajib diketahui secara tafsil.

Malaikat Wajib

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah

NamaArabTugas
Jibrailجبرائيل/جبريلMenyampaikan wahyu Allah.
MikailميكائيلMenyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
IsrafilإسرافيلMeniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari akhirat
IzrailعزرائيلMencabut nyawa.
MunkarمنكرMenyoal mayat di dalam kubur.
NakirنكيرMenyoal mayat di dalam kubur.
RidhwanرضوانMenjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
MalikمالكMenjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
RaqibرقيبMencatat segala amalan baik manusia.
‘AtidعتيدMencatat segala perlakuan buruk manusia.

Dari nama-nama malaikat di atas lebih tiga yang disebut dalam Al Qur’an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). roqb dan atid, ma yalfizu min qoulin illa ladaihi roqib wa atid. (lihat alquran) Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.

Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadits. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur’an dia hanya disebut Malaikat Maut.

Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur’an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur’an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dan lain lain.

Selain dari sepuluh malaikat ini terdapat beberapa malaikat yang tidak diketahui berapa banyak bilangannya melainkan Allah s.w.t.Salah satu daripada mereka diberi nama Zabaniyah yang merupakan malaikat Allah s.w.t yang ditugaskan untuk membawa ahli neraka ke neraka dan menyeksa mereka serta menyeksa dan menangkap Iblis ketika ketibaan sakaratulmaut Iblis,umumnya malaikat Zabaniyah diberikan tugas untuk melakukan azab-azab tertentu dengan perintah Allah s.w.t.Malaikat-malaikat juga diturunkan Allah s.w.t ketika umat Islam berperang membantu tentera Islam sehingga tentera kafir gentar melihat bilangan tentera Islam yang banyak.

Beriman dengan Ajmali

Beriman kepada malaikat yang ajmal ialah percaya akan wujudnya malaikat yang lain selain daripada sepuluh malaikat yang wajib diketahui tersebut dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak diketahui berapa bilangannya melainkan Allah.

Antara malaikat yang wajib diketahui secara ajmal ialah malaikat pemegang atau yang menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi menjadikannya lapan malaikat penanggung arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga manusia atau Hafzah. Ia juga sering digelar Qarin. Qarin turut wujud dalam bentuk syaitan. Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui ialah:

  • Malaikat Zabaniyah – malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya sehingga ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.
  • Hamalatul Arsy – empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)
  • Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)
  • Malaikat Kiraman Katibin – pencatat amal baik dan buruk
  • Malaikat Harun dan Marut

Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi dapat diketahui dan difahami secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah SWT.

Iman kepada malaikat merupakan Rukun Iman yang ke-2. Rukun Iman yang 6 merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan, juga tidak dapat dipilih-pilih. Sehingga tidak disebut orang beriman jika tidak meyakini salah satu dari Rukum Iman tsb.

Wallohu a’lam

You May Also Like